Cinta? Apakah yang paling mengharukan dalam hidup ini? Aku percaya, banyak lagi kisah cinta yang lebih hebat. Lebih manis. Lebih mengasyikkan. Berbanding aku, kisah cintaku berlaku secara misteri. Tiga minggu. Malah, sedikit pun tidak ada istimewanya. Namun ku percaya cintaku ini cinta sejati.
Begini mulanya cerita......
Seorang pemuda turun dari perpustakaan, buku yang sarat di tangannya tersentuh bahuku menyebabkan buku yang lebih berat dari kain tudung itu terjatuh. Pelik bukan? Aku yang mengutip buku-bukunya kemudian dengan senyuman, aku menyerahkan kembali,
“Maaf, tudung saya ada duri,”kataku. Pemuda itu, mengangkat bahunya membalas kembali, “Tak apa, tak apa.” Kami berpisah namun berjumpa semula pada minggu berikutnya, di perpustakaan yang sama.
“ Saya mahu alamat saudari,” kata pemuda itu, berlari anak di belakangku. Dalam lif, kami berdiri sebaris . “Tudung saudari masih berduri?” Tanyanya. Aku mengangguk. “Oh, tak boleh rapat,” katanya bergurau.
Aku sekadar memberi alamat emelku kepadanya sebelum beredar ke ruang bacaan. “Maaf, saya hanya mahu menghabiskan masa dengan buku tanpa gangguan hari ini. Oh, saya membuka emel setiap hari,” kataku dengan penuh rendah hati. Dia mengangguk dan dan berlalu tanpa meminggirkan senyuman tampannya.
Selesai menghadap buku, aku berjalan ke makmal yang di khususkan untuk pelajar kurang upaya. Sebelum aku terlupa, aku ingin maklumkan bahwa aku seorang yang tempang tetapi fizikal yang lain sempurna terutama wajahku. Terima kasih Tuhan.
Perkara pertama yang ingin aku lakukan ialah membuka kotak emel. Semua emel hadirnya dari iklan berantai kecuali satu emel yang amat menarik perhatian aku. Subjeknya: Lamaran Terhormat.
“Saudari, dengan rendah hati saya ingin melamar saudari menjadi suri kepada hati saya walaupun ada duri yang merintangi.” – Sofwan*
Aku tidak bertindak dengan membalas emel itu. Sebelum ini, sudah tiga kali aku menolak lamaran daripada tiga lelaki berlainan. Atas alasan apa? Jangan salah sangka. Ianya bukan kerna rendah hatiku atas kecacatan kakiku. Aku ada alasan yang lebih kukuh. Seseorang yang menjadi impianku belum muncul dan aku berusaha untuk mendapatkannya.
Selepas tiga hari berlalu, selagi lagi aku menerima emel dari lelaki yang bernama Sofwan. Bukan satu namun 13 emel yang aku terima kali ini. Apabila aku buka cerita ini, tentu anda tertanya-tanya, cantik sangatkah rupaku sehingga Sofwan tidak jemu untuk menagih cinta seorang gadis tempang sepertiku?
Aku tidak melayan sofwan.
Minggu berikutnya, seorang yang memang subur dihatiku tiba-tiba muncul dengan niat yang sama seperti Sofwan. Kali ini aku tidak mengambil masa yang lama untuk beristikharah kerana merasakan doaku selama usia remaja ini, untuk memiliki seorang suami yang intelektual dan beriman sudah dimakbul tuhan.
Aku mula memberanikan diri untuk aku membalas emel dari hamba Allah ini yang tidak pernah jemu untuk mengenali insan yang cacat ini. Oleh kerana aku sedar akan kekurangan diri aku, aku tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap jejaka yang bernama Sofwan.
“ Assalamuailaikum, maaf kerana selama ini tidak menghiraukan emel dari awak. Saya Cuma takut melayan lelaki yang saya tidak berapa kenali, namun setalah sekian lama hati saya kuat mengatakan yang awak bukan seperti insan yang saya kenali selama ini yang hanya ingin mengambil kesempatan ke atas saya. Saya harap awak seperti ape yang hati saya katakan. Sebelum itu biar saya kenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Suraya, siswi Fakulti Pengajian Bahasa, kursus ijazah kepujian TESL. Dan sebelum awak kenal saya, mungkin awak perasan akan kekurangan diri saya. Saya mengalami kecacatan tempang sebelah kaki akibat kemalangan jalan raya semasa kecil. Itu je la yang dapat saya beritahu kepada awak.” Tanganku begitu laju membalas emel insan bernama Sofwan
Jariku pantas mengarahkan tetikus komputer riba hadiah harijadiku dan menekan butang “SENT”.Lantas aku menutup komputer riba dan terus melangkah pulang ke asrama. Langkah ku laju. Selaju angin monsun yang membisik di telinga ku. Dari jauhku perhatikan gelagat seorang lelaki memakai kemeja merah dan berseluar sukan di hadapan fakulti ku yang berhampiran dengan asrama siswi. Persis mukanya ku amati. ‘Sah,itu memang Sofwan” hatiku berkata-kata. Inginku menukar arah perjalanan ku namun tiada jalan itu. ‘aduh,macam mana ni. Ala,biar ja la’ keluh hatiku. Aku jarakkan diri supaya jauh darinya. Namun tanpa kusedari dia telah pun menyedari kelibatku.
“Jauh saudari jalan. Takut duri di tudung saudari tercucuk saya lagi ke?”
“Eh,awak rupanya. Saya ingat sapa tadi. Takde la,saya kena cepat ni,ada kelas kejap lagi.”mulut ku berbicara. Tanpa ku sedari ku telah berbohong. Hari minggu ada kelas? Aku terus berlalu tanpa kata.
Sofwan sekadar melihat kelibat aku yang semakin jauh darinya. Aku tidak menoleh kerana malu. Sememangnya ku tidak pandai untuk menipu.
Kekadang aku terfikir, kenapa jejaka tampan seperti Sofwan boleh tertarik pada gadis cacat sepertiku. Apa yang istimewanya aku? Sesungguhnya ku bersyukur pada mu Ya Allah dengan kurniaan mu ini.
**
Dua minggu berlalu. Tanpa kusedari sudah sebulan ku kenali insan bernama Sofwan. Ternyata dirinya bukan lah seperti mana-mana lelaki yang aku kenali. Dia berbeza. Dia selalu menemani ku ke mana saja. Perpustakaan, kafetaria, kelas dan selalu juga menemani ku pulang ke asramaku tetapi hanya sekadar di pintu pagar. Siswa tidak dibenarkan masuk ke asrama siswi, begitu juga siswi. Aku mula terasa bahagia walaupun pada mulanya aku tidak berani menyimpan perasaan pada lelaki ini.
Lagu Fall For You dendangan kumpulan Secondhand Serenade mengisi halwa telingaku. Begitu asyik telingaku menjamah bibit-bibit iramanya yang seakan-akan mengata diriku. Mulutku pula terkumat-kamit seolah-olah membaca mentera mengikut rentak dan lirik lagu ini. Ku hayati. Sememangnya sepadan dengan diriku.
Hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you's impossible to find
This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed, but I have loved you from the start
So breathe in so deep
Breathe me in, I'm yours to keep
And hold on to your words 'cause talk is cheap
And remember me tonight when you're asleep
Tanpa kusedari sofwan berada di belakangku. Entah berapa lama dia muncul aku tidak tahu. “Asyik sayang dengar lagu tu,sampai saya datang pun sayang tak sedar”.aku tersipu menahan malu. Dia mengajak aku makan. Aku hanya mengikut. Kami berjalan walaupun pada hakikatnya Sofwan memiliki kereta Satria. Aku yang tidak mahu nya untuk memandu kereta kerna bagiku ianya hanya akan membazir,lagipun harga petrol sekarang melonjak naik begitu tinggi. Lagipula Pusat Pelajar bukanlah jauh mana. Lima minit perjalanan sudah sampai. Sofwan begitu asyik menjamah makanan yang dipesan sebentar tadi sehingga tidak sedar aku memerhatinya. “Aku bahagia!!!!!” hatiku menjerit.
“Kenapa ni sayang? Makan la,kang sejuk dah tak sedap”. Sofwan tetiba menegur sehingga membuatkan aku pula kaget.
“Eh,lupa lak. Seronok tengok awak makan. Comel”. Aku mengusik.
Sofwan tersenyum malu. Bertambah kacak lelaki didepan ni. Habis saja mengisi perut, kami kemudiannya berjalan untuk ke kafeteria. Tujuan nya satu,saja untuk menghilangkan penat sebelum kembali ke asrama. Aku dikenalkan kepada semua rakan-rakannya.
Hari sudah hampir malam. Aku mencubit manja tangan Sofwan sebagai isyarat aku hendak pulang. Sofwan faham isyarat yang kuberi. Dia bangun dan bersalaman dengan rakan-rakannya sebelum meminta diri untuk pulang. Dia menghantar aku sampai ke pondok pengawal asrama siswi. Kami lalui hari-hari mendatang sebagai pasangan kekasih. Inilah kali pertama aku merasa betapa bahagianya sebagai seorang kekasih.
Selama ku mengenali Sofwan,dia begitu baik terhadap aku. Dia begitu mengambil berat pasal makan minumku dan kesihatanku. Kami selalu belajar bersama-sama. Walaupun bercinta, namun Sofwan tahu akan batasannya sebagai seorang lelaki yang bukan muhrimku. Setelah lama bercinta, aku dibawa untuk di kenalkan kepada keluarganya. Sofwan memilih hujung minggu kerana pada hari itu tiada kelas diadakan kerana hari cuti.
Kedatangan aku kerumahnya disambut gembira oleh keluarganya. Mereka seperti tahu aku akan datang. Kelihatan di atas meja tersiap rapi makan malam yang disediakan ibu serta orang gaji Sofwan, Mak Leha. Ternyata keluarga Sofwan begitu baik. Mereka melayan aku sehingga aku merasa kekok pula. Maklumlah, pertama kali berjumpa dengan keluarga Sofwan.
Selepas makan, aku membantu Mak Leha mengemas meja. Tak manis pula kalau aku duduk saja di situ tanpa melakukan apa-apa kerja. Pandai Mak Leha masak.
Hampir sejam aku di situ. Aku meminta diri untuk pulang. Sofwan menghantar aku pulang ke asrama. Dia kembali pulang ke rumah kerana ada hal di sana. Sofwan kembali ke rumah nya hanya untuk dua hari. Tidaklah terasa sangat kehilangan Sofwan.
Ternyata, dua hari bukanlah sekejap. “Aku rindu padamu Sofwan”getus hati kecilku.
Dua hari bagiku bagaikan dua tahun menunggu. Namun emel lah yang merapatkan kami walaupun jarak memisahkan kami.
**
Tiga tahun perkenalan aku dan Sofwan dan hari ini juga adalah hari istiadat konvokesyen kami. Aku dan dia memperoleh anugerah dekan. Pada hari itu juga Sofwan telah melamarku untuk menjadi permaisuri di hatinya. Aku gembira sekali. Terlebih dahulu aku meminta restu dari ibuku. Ternyata, ibuku merestui perhubungan kami.
Sebulan selepas memperolehi ijazah, kami bertunang sebagai tanda aku milik Sofwan seorang. Siapa yang tak gembira memiliki jejaka tampan seperti Sofwan sebagai bakal suami. Segala-galanya cukup lengkap. Intelektual, pegang pada agama, datang dari keluarga yang baik dan berada, baik hati dan pandai mengambil hatiku. Kami bertunang sekejap saja. Ini atas kehendak keluarga pihak lelaki kerana tidak lama lagi Sofwan akan melanjutkan pelajarannya ke luar negara.
Aku menerima wang hantaran berjumlah ringgit Malaysia 33,333.33. Bagiku angka tersebut begitu bermakna bagiku. Angka 3 dipilih sempena perkenalan kami yang berlaku begitu singkat. Aku mengambil masa selama 3 minggu untuk menerima cintanya, tiga tahun percintaan kami, pertunangan kami pada 03 Disember 2002, pernikahan kami pada 03 Mac 2003 (03/03/03) iaitu 3 bulan selepas majlis pertunangan kami.
Aku begitu bahagia. Kali pertama digelar isteri membuatkan aku begitu kekok sekali. Namun ibu mertuaku begitu baik. Dia banyak memberi nasihat mengenai rumah tangga, resepi masakan dan bermacam-macam lagi. Sebulan saja ku bersama ibu mertuaku kerana aku mengikut Sofwan ke Perth,Australia.
Pernikahan kami begitu misteri, selepas tiga bulan berkahwin, aku disahkan mengandung. Sekali lagi aku gembira. Tidak sabar rasanya menanti kehadiran cahaya mata pertamaku. Malah yang paling seronok dan tak sabarnya tentulah bakal ayahnya, iaitu suamiku yang tercinta, Sofwan. Segala kerja berat aku tidak boleh buat. Risau sekali Sofwan.
“Abang tak nak sayang buat kerja berat tau, abang nak sayang jaga kandungan tu kerana itu harta kita yang paling berharga dan itu juga adalah hadiah perkahwinan kita berdua.” Cair aku di pelukan Sofwan.
Sembilan bulan bukan lah suatu jangka yang panjang bagiku. Pada hari ulangtahun perkahwinan kami, aku telah memberi hadiah yang begitu bermakna kepada Sofwan. Aku selamat melahirkan anakku. Bukan seorang. Namun kembar tiga. Dua putera seorang puteri. Kami begitu bersyukur sekali. Kami menamakannya Putra Safwan, Putra Solihin dan Putri Salwa.
Ternyata, cinta ku begitu misteri. Hadirnya Sofwan tanpa di duga. Dia begitu menyayangi aku dan anak-anak kami. Lima tahun kami dirantauan. Kami kembali ke Malaysia. Tanah air tercinta. Sofwan mengambil alih syarikat arwah bapanya. Sebelum terlupa, setahun kami di Australia, bapa Sofwan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Syarikat IMAN MUTIARA Sdn. Bhd. Sekarang bertambah maju. Syarikat ini kini tersenarai antara lima syarikat terkemuka di Malaysia.
Selepas tiga tahun mengendalikan syarikat ini, Sofwan telah mendapat pingat Dato’ dari negeri pahang yang menjadikan Sofwan kini bergelar Dato’ Sofwan bin Tan Sri Hakimi. Tentulah aku pun mendapat gelaran aku sendiri. Aku kini bukan Suraya tempang lagi. Aku sekarang di gelar Datin Suraya binti Haji Ismail.
Hidup kami bertambah senang. Aku amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana di beri suami yang panyayang serta anak-anak yang memberi seri kepada keluarga kami. Percintaan kami sememangnya membuktikan cinta kami cinta sejati.
Aku berdoa siang dan malam agar cinta ini tidakkan luntur dari hati kami.
“Cinta ini milik kita berdua sayang” lamunan ku dikejutkan Sofwan yang datang entah dari mana.
“Ye, cinta ini memang milik kita berdua. Hanya ajal yang akan memisahkan kita bang. Tiada lagi cinta yang akan wujud di hati kita.” Bisikku di kuping Sofwan.
Dengan segera Sofwan meletakkan jari di mulutku. “Jangan macam tu sayang,ditakdirkan abang pergi dulu, sayang carilah pengganti abang ye.”
“Cinta sayang hanya untuk abang. Tiada yang lain.” Sambungku lagi. Aku senyap.
Sofwan tidak berkata apa-apa. Dia memelukku erat dari belakang.
“Kalau abang mengantuk, tidurlah dulu. Sayang nak siapkan sikit lagi. Kejap lagi sayang tidur ye. Sayang bukukan kisah cinta kita dan sayang namakannya Cinta Su dan Sof.
“Abang temankan sayang. Abang nak tanya sayang sesuatu. Kenapa tajuk buku ni Cinta Su dan Sof?” tanya suamiku yang tercinta.
“Su untuk Suraya, Sof untuk abang, Sofwan.” Jelas ku.
Akhirnya aku berjaya habiskan kisah perjalanan percintaan kami yang aku rasakan misteri. Aku menutup komputer riba ku. Lampu yang terpasang di padamkan.
Keesokannya, aku mencetak kisah ini untuk dihantar ke syarikat penerbitan novel di ibu kota. Pelancaran novel ku di adakan di KLCC. Aku gembira sekali.
Cinta itu inspirasi setiap manusia. Cinta ibarat bunga yang menghiasi taman di syurga. Tanpa bunga hilanglah seri taman itu. Cinta sejati antara manusia kekal abadi. Cinta pada Illahi adalah hakiki.
Bagi ku, aku telah temui cinta sejatiku. Mungkin nasibku lebih baik dari yang lain. Siapa tahu....... AKU CINTA PADAMU SOFWAN......................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan